BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

Van Persie menang Anugerah Pemain Terbaik awal musim 2013



LONDON - Robin van Persie mengatasi pemenang tahun lalu Lionel Messi untuk meraih Anugerah Pemain Terbaik minggu pertama saingan bola sepak global dalam undian yang dibuat oleh agensi berita The Associated Press.

Kedua-dua pemain tersebut masing-masing menjaringkan dua gol namun jaringan Van Persie hasil sepak akrobatik, juga jaringan menerusi rembatan jarak jauh ketika Manchester United menang 4-1 ke atas Swansea dalam Liga Perdana Inggeris Sabtu lalu, membolehkan Van Persie mengatasi Messi dengan lima mata.

"Jaringan Van Persie begitu cemerlang kerana ia memecahkan kebuntuan jaringan dalam perlawanan sengit dan bukan selalu Manchester United berjaya mendahului lawan."

"Satu-satunya sebab saya memilih Van Persie mengatasi Messi adalah kerana dia menempuh perlawanan yang lebih kompetitif," kata ahli panel undian, Tom Timmermann dari akhbar St. Louis Post.

Namun, Barcelona dipilih sebagai kelab terbaik apabila mendapat 221 daripada 230 mata selepas membelasah Levante 7-0 dalam saingan La Liga.

"Enam daripada tujuh gol dihasilkan dalam permainan menarik babak pertama."

"Perkara yang menakutkan lain-lain pasukan dalam La Liga adalah pengurus baharu Barcelona, Gerardo Martino merasakan pasukan itu akan bertambah baik," kata penulis bola sepak yang berpangkalan di Paris, Mark Rodden."

United dipilih pasukan kedua terbaik, mengatasi Juventus pada tangga ketiga dan Chelsea keempat. Kelab Perancis yang berbelanja besar, Monaco kelima dan penyerang mereka Emmanuel Riviere, yang menjaringkan hatrik pertama dalam kariernya ketika menang 4-1 ke atas Montpellier dalam liga Perancis, menduduki tempat ketiga dalam senarai undian pemain terbaik.

Riviere meraih 46 mata mengatasi pemain Barcelona, Cesc Fabregas pada tangga keempat.

Fabregas, 26, memainkan peranan penting ketika pasukannya cemerlang mengharungi hujung minggu lalu setelah tamat pramusim di mana pemain itu di bida oleh United. - AP

Sumber: Utusan
0 Komen untuk "Van Persie menang Anugerah Pemain Terbaik awal musim 2013"