BERITA HARIAN ONLINE

Berita Online | Hiburan | Sukan - Tempatan & Luar Negara

EPL 2013 - United dan Chelsea bakal berentap awal musim



LONDON - Hanya seminggu musim baharu Liga Perdana Inggeris bermula, perhatian kini tertumpu kepada pertembungan dua calon utama untuk meraih kejuaraan utama musim ini iaitu antara Chelsea yang akan berdepan dengan juara bertahan, Manchester United, Isnin ini.

United memulakan saingan musim ini dengan kemenangan 4-1 ke atas Swansea pada minggu lalu.

Namun Chelsea akan menjadi penentu aras sebenar kepada keupayaan pengurus baru Red Devils, David Moyes yang akan bertemu Liverpool dan Manchester City selepas ini.

Chelsea yang kembali mendapat sentuhan pengurus baru, Jose Mourinho, menang 2-0 ke atas Hull City dan meneruskan pungutan tiga mata dengan menewaskan Aston Villa 2-1 pada pertengahan minggu ini.

Sekiranya kelab London itu mampu mengejutkan Red Devils di Old Trafford, Chelsea berpeluang menjarakkan diri sebanyak enam mata pada permulaan musim dengan kelebihan satu perlawanan namun pemain tengah Unied, Ryan Giggs tidak mahu perkara itu terjadi.

"Pada musim pertama Mourinho di Chelsea, dia sentiasa bermula baik dan kami sukar untuk mengejar kedudukan mereka pada akhirnya," kata Giggs. - AFP

Sumber: Utusan
0 Komen untuk "EPL 2013 - United dan Chelsea bakal berentap awal musim"